Friday, July 2, 2010

Terima Kasih Mak Pari-Pari

aku bosan giler semalam, takde ape nak dibuat untuk dijadikan aktiviti bagi menghilangkan kebosanan aku tahap 7 petala langit. cuma online dan YM sepanjang hari. itu sahaje aku buat.
sepanjang malam aku tak boleh tido. maybe aku tido banyak sangat. jadi aku chat la dengan kawan aku sorang nie.
sepanjang chat biasalah, kalau borak dengan pompuan kompem akan bincang pasal lelaki hensem, awek cun, masalah peribadi, fesyen, cerita-cerita dongeng dan seribu satu malam (okay, ini tipu)
tiba-tiba aku cakap kat dia
"wehh, ko rase kalau aku tiru fesyen macam artis korea tu ok x?"
dan dia balas
"aku rase, baik ko jadi diri ko je. tu lagi baik, tak payah susah payah ubah diri ko untuk jadi orang lain"
aku pun tersedar, sejak dua menjak tiga menjak nie. aku semakin menjadi hipokrit pada diri aku sendiri. act nak jadi cool, macho dan nak nampak stylo dengan fesyen-fesyen pelik. semuanya gara-gara hasutan budaya-budaya.
sebenarnya diri aku nie happy go lucky, simple, ade aku kisah ke cakap orang? ko nak kate ape gie mampus.
itulah diri aku yg sebenarnya. aku semakin terikut-ikut gaya orang lain semata-mata ingin dilihat normal. tapi sebenarnye mereka dan kuncu-kuncu mereka yang tidak normal. rupenye aku semakin lupe pada diri aku. aku pun insaf dan ingin kembali hidup sebagai diri aku. banyak lagi rahsia dunia aku tak teroka lagi. mari sama-sam kita gali [eh? lari topik ni]
time kasih pada mak pari-pari kerana menyedarkan aku. sebagai balasan akan ku berikan dikau, enjin kapal terbang. agar ko terbang dengan lebih laju berbanding sekarang.

No comments:

Post a Comment