Sunday, July 18, 2010

thanks friends

aku bersyukur sangat pada Allah pada keadaan aku sekarang. bila aku renungkan kembali masa lampau. banyak kesilapan dan masalah menimpa aku sampai membuat aku terfikir..

"kenapa aku kena hadapi masalah besar sebegini? berikan ku kekuatan?"

"kenapa aku putus kawan sedangkan aku betul-betul ikhlas dan baik dengan dia? mana salah aku?"

"kenapa aku gagal dapatkan sesuatu yang betul-betul yang aku ingin? sedangkan aku dah berusaha"

adakalanya, aku hampir putus harapan. aku putus asa, kerana kegagalan aku yang lalu. penat dikhianati dan penat mempercayai orang. namun kata-kata setiap perkara mesti ada hikmahnya membuat aku terus berdiri. tetapim ibarat jasad tanpa roh hari-hari aku lalui.

namun sekarang, aku amat berterima kasih kepada allah. kerana segala kawan yg meninggalkan aku. wanita aku cintai menkhianati aku. telah berganti dengan rakan yang baru. gembira, ketawa, bahagia. walaupun sederhana sahaja. namun, aku mohon pada mu maha esa.

"biarlah aku nikmati kegembiraan dan kebahagiaan yang ada sekarang, sebelum masa tidak mengizinkan lagi. ketawa, menangis, gembira, sedih, bahagia bersama rakan ku sekarang. biarlah aku nikmati sementara mereka ada disisi aku. ku mohon pada mu ya allah"

baru aku sedar.. bukan cinta pada wanita yang dicari.. tetapi kebahagian bersama dengan orang-orang tersayang.

special for
-weeh
-amin
-haziq
-aqman
-kuikui
-tan
-pian
-rahman
-khairul

p/s: aku bukan gay tau. hahahaha

Friday, July 2, 2010

Terima Kasih Mak Pari-Pari

aku bosan giler semalam, takde ape nak dibuat untuk dijadikan aktiviti bagi menghilangkan kebosanan aku tahap 7 petala langit. cuma online dan YM sepanjang hari. itu sahaje aku buat.
sepanjang malam aku tak boleh tido. maybe aku tido banyak sangat. jadi aku chat la dengan kawan aku sorang nie.
sepanjang chat biasalah, kalau borak dengan pompuan kompem akan bincang pasal lelaki hensem, awek cun, masalah peribadi, fesyen, cerita-cerita dongeng dan seribu satu malam (okay, ini tipu)
tiba-tiba aku cakap kat dia
"wehh, ko rase kalau aku tiru fesyen macam artis korea tu ok x?"
dan dia balas
"aku rase, baik ko jadi diri ko je. tu lagi baik, tak payah susah payah ubah diri ko untuk jadi orang lain"
aku pun tersedar, sejak dua menjak tiga menjak nie. aku semakin menjadi hipokrit pada diri aku sendiri. act nak jadi cool, macho dan nak nampak stylo dengan fesyen-fesyen pelik. semuanya gara-gara hasutan budaya-budaya.
sebenarnya diri aku nie happy go lucky, simple, ade aku kisah ke cakap orang? ko nak kate ape gie mampus.
itulah diri aku yg sebenarnya. aku semakin terikut-ikut gaya orang lain semata-mata ingin dilihat normal. tapi sebenarnye mereka dan kuncu-kuncu mereka yang tidak normal. rupenye aku semakin lupe pada diri aku. aku pun insaf dan ingin kembali hidup sebagai diri aku. banyak lagi rahsia dunia aku tak teroka lagi. mari sama-sam kita gali [eh? lari topik ni]
time kasih pada mak pari-pari kerana menyedarkan aku. sebagai balasan akan ku berikan dikau, enjin kapal terbang. agar ko terbang dengan lebih laju berbanding sekarang.

Thursday, July 1, 2010

bosan boleh membunuh jiwa dan raga seorang artisan yang hebat

peh. dah lama aku tak meng-update blog aku kat sini. blogger tua-tua kerepot selalu cakap, hidup segan mati tak mau punye blog. sekarang cuti semester dah start dan aku rase aku banyak membuang masa dikampung tak buat apa-apa yang berfaedah. tiap2 hari tido terlebih banyak macam seekor beruang polar yang kekeyangan akibat menelan ikan tuna sebanyak satu kapal titanic. cuma melawat mak [i love u mom] dan abah kat kampung sahaja bagi aku manfaat balik kampung. selebihnya, waste time.

jadual berkala bila aku dikampung
  • tido dari pukul 10 malam sampai 3 petang
  • breakfast skali dengan lunch pukul 4 petang
  • lepak tengok tv sambil online sekali sekala sampai pukul 10 malam.


what the hell is that? itu ke namanya hidup sebagai manusia yang berjaya, kacak dan hensem? heh.. [mengeluh]

sekarang tengah tengok cerita Twilight di Star Movies.
p/s: edward cullen langsung tak seram tapi muke dia kelakar. haha (>.<)