Thursday, April 15, 2010

mari berpesta liar di hujung minggu!

esok dah hari jumaat maknanya malam khamis nie adelah malam untuk enjoy. dari malam pertama sampai malam ke-4 adalah malam pertama juga. beginilah kalau orang yang dikatakan no life at all, menunggu hari demi hari menempuh kebosanan sampai hari keramat untuk menikmati bergelen-gelen keseronokan. sudah menjadi kewajiban apabila dekat weekend aku akan ke Subang Jaya untuk berseronok. dari hari Khamis sampailah hari Ahad. aku sangat reliaf bila aku balik subang.

kenapa subang jaya bukan sydney menjadi tempat pilihan aku untuk enjoy
  1. sebab ada tempat penginapan yang free sepanjang weekend [tido rumah member]
  2. sebab dapat makan free dan tak kuar sesen untuk mengisi perut aku sepanjang weekend [ibu member menyediakan makanan di rumahnya]
  3. sebab apa saya suka subang jaya? sebab apa saya suka subang jaya? sebab apa saya suka subang jaya? sebab dia best! hik hik hik
so, do you understand why subang jaya is the best fucking damn shit paradise for encik syah? i think u get it now.

Ladies and Gentlement, Tuan Seororo akan memberitahu schedule Encik Syah sepanjang Weekend ini.

Malam Khamis
-Main Pool di Asia Cafe, Siapa kalah lari berbogel keliling Subang Parade
-Still di Asia Cafe, main game computer [DOTA] sampai tangan krem ataupun otak krem.
-Lepak di Kedai Mamak borak-borak politik semasa dan bertanding mak bapak siapa seorang loser.

Siang Jumaat
-Tido

Petang Jumaat
-Bermain Futsal bersama rakan-rakan yang berperangai unta ataupun menjadi sebagai Milo Boy sepanjang member aku main Futsal

Malam Jumaat
-Aktiviti sama seperti Malam Khamis [no life!]

begitulah seterusnya sampai la hari Ahad

hiburan aku juga merupakan aktiviti dan benda yang stereotaip juga. jadi aktiviti hiburan aku tidaklah sehebat mana yang digembar gemburkan oleh mak cik rogayah dalam sidkom "isteri anda boyot? kini tidak lagi". kesimpulannya adalah berseronoklah mereka yang belajar di oversea, sesungguhnya aku jeles dengan korang.

p/s: tertinggal nak list solat jumaat dalam list tadi.

Sunday, April 11, 2010

dunia umpama neraka hidup ibarat layang-layang

rahsia-rahsia yang aku tidak dapat di-imaginekan antara sedara selalunya terbongkar bila ade family gathering dari family yang jauh include family bau-bau taik. kebiasean bile semua berkumpul, kompem akan ade general meeting. topik selalu stereotaip seperti anak siapa lagi hebat dan anak siapa lagi sial haram jadah. ataupun, kisah-kisah zaman remaja bagi sedara yang terasa dirinya dah tua.

dalam berbual antara uncle-uncle, tiba-tiba keluar topik "sejak bile anda start hisap rokok?

majoriti pak cik-pak cik aku hisap rokok time mereka dalam sekolah menengah. ade yang sekolah tak habis atau tak penah sekolah pun start dalam belasan tahun. antara reason klishe mereka bagi sebab ape mereka smoking

1. frust clash dengan awek
2. nak nampak cool depan awek dan member
3. suke-suke
4. bosan duit belambak sangat tak tahu nak beli ape

ade sorang uncle ngaku start hisap rokok dari darjah 5 dan terus bangga kembang kempis perut beliau kerana beliau paling muda sekali start. suddenly, tok wan menyampuk

"ko tau tak, pak oda ko isap rokok dari baby lagi?"

semua sedara senyap sekejap pastu nak gelak terburai aku dengar, tapi muke beliau sungguh-sungguh nak cakap itu fakta yang benar. keluarlah cerita tok wan aku pasal anak beliau iaitu pak oda.

mase pak oda ko baru lahir, dia asyik nangis je. bangun je tido terus nangis sampai la dia tido balik. macam kena sampuk hantu. bawak gie doktor kata normal, bawak gie bomoh kate sihat. tok wan dah tak tau nak buat apa nak bagi pak oda ko nie senyap. nak je aku kerat lidah pakai golok pak oda ko time baby.

nak dijadikan citer, tok wan dan nek wan bawak pak oda ko nie nak kereta api dan pergi [aku tak ingat mane dah]. dalam kereta api, pak oda ko terus je nangis. nak je pak wan bagi penampor jepun sekali, tak penah nak senyap. tengah pak oda ko nangis, tiba-tiba ade sorang pak cik yang tak dikenali datang tengok pak oda. dia dodoi pak oda ko pun tak reti senyap.

dia give up dan letak pak oda ko nie atas kerusi pastu dia bakar rokok. masa dia hembus asap rokok, terkena asap tu kat pak oda ko. secara tiba-tiba, pak oda senyap kemudian nangis balik. pak cik tu pun hembus lagi, pak oda ko senyap balik. jadi terus pak cik tu cakap

"anak ko nie nak rokok gamaknya"

dia ambil rokok dari mulut dia dan letak kat mulut pak oda. pak oda yang umur 7 bulan pun hembuskan asap rokok keluar dari hidung beliau dan dia berenti menangis. sejak peristiwa itu, asal pak oda menangis je terus tok wan bakar rokok dan bagi dia hisap.

pak oda pun dapat surat special dari government yang dia buleh hisap rokok di tempat awam dan time dia sekolah rendah dia dibenarkan hisap rokok kat sekolah sebab dia memang sakit pelik macam itu.

semua uncle aku terdiam dan tunduk hormat kerana semua uncle aku adelah loser kecuali pak oda. insan terawal hisap rokok dalam family. masuk dalam world recold [in family]

p/s: pak oda sekarang umur 60 lebih dan masih belum meninggal. beliau dalam proses untuk kawin dua. jadi rokok tidak membahayakan kesihatan serta menambah macho untuk yang berminat kawin lebih.

sekian.

Tuesday, April 6, 2010

no life at all, better than you

dua tiga hari ini tiada apa yang menyeronokkan sangat sehingga buleh mengeletek kelenjar otak aku. semua ini disebabkan sekarang adelah minggu exam. jadi banyak mase terluang sampai melimpah ruah. tido 12 jam sehari, makan, online, baca buku, mengadap pc, tengok porn [eh silap, terlucah pule].

an easy word to describe this adalah bosan. tak tahu lagi bagaimana cara nak menghabiskan masa ketika minggu exam. less social and less do any joyful activity. apetah lagi kalau weekend, rase macam nak terjun bangunan 7 tingkat dan ulang sampai la badan berkecai 100 percent. perasaan guilty tu akan muncul dengan sendirinya bile aku nak keluar jalan-jalan time minggu exam nie sebab aku akan pikir aku tidak akan study lalu result aku akan hampeh. tapi, kalau aku duduk dirumah perkara sama juga terjadi, aku kompem tak study. aku selalunye study last minute. 5 jam sebelum nak exam baru nak bukak buku nak cara chapter one "introduction".

jadi, aku da list nak buat ape time minggu exam nie tanpa keluar rumah untuk berpoya-poya bersama-sama gundik beta.

1. main game dan online sampai lebam
2. main futsal bersama roomate dirumah didalam rumah
3. berborak bersama roomate dengan topiknya iaitu siapa roomate yang paling dajal dalam rumah
4. tengok telenovela dan sinetron
5. baca manga dan komik
6. layan lagu heavy metal
7. last option tengok porn dan hentai [terlucah lagi]

tapi semua ini.

bosan..

bosan..

no life at all, better than anyone.

p/s: porn dan hentai adelah iklan semata-mata, tiada kena mengena antara maria ozawa mahupun barack obama

Monday, April 5, 2010

noob adalah word untuk newbie bukan bebal

aku fail dalam meng"intro"kan sesuatu. tak banyak benda nak cakap dalam entry yang first ini. maybe aku akan rase awkward giler bab intro. mungkin juga kepada reader sebelum ini penah baca blog-blog lame aku yang bernama "Syaquost Eichizen" dan "Neslo Tarik". kedua-kedua blog ini aku Shut Down sepenuhnya kerana aku bizi dengan jumpe dengan kerja mesyuarat dengan najib untuk berbincang macam mana nak cari balik enjin kapal terbang yang hilang dicurik oleh ketua lanun nusantara [ok ini tipu].

"di kawasan dan tempat lain"

LOKASI: DI SEBUAH STESEN PENYIARAN TELEVISION YANG PALING FEYMES DI BENUA ANTARTIKA. DALAM SEBUAH RANCANGAN PROGRAM REALITI "KATAKAN YA ANDA SEORANG GEDIK!"

"H" merujuk kepada host rancangan. "S" merujuk kepada encik syah

H: sekarang kita bersama Encik Seojuken atau lebih dikenali Incik Syah yang terkenal selaku lelaki bukan selebriti yang paling hot dan hensem di asia yang menjadi kegilaan wanita korea.

S: ehem-ehem. jangan puji sangat sebab semua orang dah tau saya memamg macam itu. hensem, kacak, macho, romantik, tough, gagah. perkataan senang PERFECT.

H: saya mendegar gosip suam-suam taik telinga yang incik syah menerbitkan sebuah blog baru. adakah betul ini Encik Syah?

S: ya, blog ini sedang dalam proses tapi belum publish satu entry pun dah 1 milion follower. nuffnang pun dah bagi saya cek RM setengah juta kerana banyak sangat viewer dalam masa 1 hari.

H: sungguh mengkagumkan sekali Encik Syah. jadi, apakah tujuan Encik Syah buat blog ini?

S: tujuan saya buat blog ini supaya saya dapat menyampaikan mesej ke seluruh dunia bahawa saya jejaka paling hensem dan paling cantik dizaman ini. sesuai sebagai idola dari kanak-kanak sampai la ke orang tua nak mampos.

H: saya percaya blog Incik Syah ini memberi inspirasi banyak kepada lelaki-lelaki huduh dan lelaki yang desperate mencari awek .

S: memang-memang. saya gemar menolong lelaki yang tidak senasib dengan saya. tuhan berikan saya banyak kelebihan untuk membantu orang-orang kesusahan.

H: sungguh murni hati Encik Syah. apakah kata-kata terakhir encik syah sebelum rancangan ini dibubarkan?

S: ingat kata-kata ini, mungkin ia mampu mengubah hidup anda. saya memang hensem dan silalah follow blog saya. selamat datang ke blog saya *wink2!