Friday, May 21, 2010

Pacak Insaf adalah weirdo

malam menjelma, selalunya adalah waktu aktif aku membuat aktiviti. ya, dunia aku sekarang terbalik dengan fitrah dunia. malam aktif siang rest. mungkin aku dah kena sakit isomnia.

masa: 12 tengah malam
lokasi: rumah sewa member
suasana: malap-malap gelap hanya diterangi lampu neon di koridor.
topik: "stone"

disebabkan poket tengah kempis maka kami hanya duduk dan borak-borak secara berjemaah. pantang berisi sikit poket, malam-malam keluar lepak makan-makan dan ghost hunt macam orang gila di tengah-tengah hutan simpan.

tengah-tengah bosan, selalu akan keluar topik merepek. kali ini, masing-masing cerita pengalaman ambil benda-benda haram sepanjang hidup mereka. ganja, kokain, ice, gam, arak, pil dan dadah cucuk. semua rakan-rakan aku senang citer dah master bab-bab nie. boleh dikira sebagai gathering of drug and alcoholic masters.

sorang rakan aku cerita

"ko penah pekena tak, getah ganja? peh! itu kalau ko kena, ambil 2 pam dan boleh tumbang. dunia pusing-pusing beb."

semua kagum sebab tak penah rasa dan tak penah lihat getah ganja tu macam mana. yang selalu nya daun ganja kering. getah ganja boleh dikatakan rare.

dia sambung

"aku dulu masa keje chef, kalau cecah je target jualan 50 ribu. company bagi satu tong arak pastu minum ramai-ramai"

semua kata "dahsyat tu!"

dia terus story dia
"dulu penah aku stim masa ambil gam, aku tengah makan nasi tibe-tibe pinggan tu jalan beb. tong sampah terbang."


biasalah kalau da stim, dunia jadi gila.

dia cerita sampai la satu story nie

"member aku sorang tu, semua benda dia dah try. ice, ganja, pil, kokain. nak katakan dah nk immune dah benda-benda mabuk nie. kalau ambil banyak-banyak pun tak rasa dah. cuma cucuk jarum je belum lagi"

"satu hari dia test dadah cucuk jarum kat apartment member dia. one shot je dia dah terbaring. terbaring kat dapur tu. dah stim sangat agaknya. time dia baring tiba-tiba dia nampak lipas. lipas tu jalan slow-slow kat dia sampai betol-betol dekat depan mata. pastu lipas tu bercakap"

"ko nie apa nak jadi ha?"

"start dari hari lipas bercakap tu, terus dia insaf. pil, ice, arak semua dia dah tak sentuh. rokok pun dah tak hisap" inilah orang cakap, buat jahat tahap maksimum akhirnya sedar kembali ke pangkal jalan.

p/s: aku tak pernah ambil pun barang-barang nie tapi aku suka dengar citer mereka. macam baca mastika pula. hahaha.

No comments:

Post a Comment