Sunday, April 11, 2010

dunia umpama neraka hidup ibarat layang-layang

rahsia-rahsia yang aku tidak dapat di-imaginekan antara sedara selalunya terbongkar bila ade family gathering dari family yang jauh include family bau-bau taik. kebiasean bile semua berkumpul, kompem akan ade general meeting. topik selalu stereotaip seperti anak siapa lagi hebat dan anak siapa lagi sial haram jadah. ataupun, kisah-kisah zaman remaja bagi sedara yang terasa dirinya dah tua.

dalam berbual antara uncle-uncle, tiba-tiba keluar topik "sejak bile anda start hisap rokok?

majoriti pak cik-pak cik aku hisap rokok time mereka dalam sekolah menengah. ade yang sekolah tak habis atau tak penah sekolah pun start dalam belasan tahun. antara reason klishe mereka bagi sebab ape mereka smoking

1. frust clash dengan awek
2. nak nampak cool depan awek dan member
3. suke-suke
4. bosan duit belambak sangat tak tahu nak beli ape

ade sorang uncle ngaku start hisap rokok dari darjah 5 dan terus bangga kembang kempis perut beliau kerana beliau paling muda sekali start. suddenly, tok wan menyampuk

"ko tau tak, pak oda ko isap rokok dari baby lagi?"

semua sedara senyap sekejap pastu nak gelak terburai aku dengar, tapi muke beliau sungguh-sungguh nak cakap itu fakta yang benar. keluarlah cerita tok wan aku pasal anak beliau iaitu pak oda.

mase pak oda ko baru lahir, dia asyik nangis je. bangun je tido terus nangis sampai la dia tido balik. macam kena sampuk hantu. bawak gie doktor kata normal, bawak gie bomoh kate sihat. tok wan dah tak tau nak buat apa nak bagi pak oda ko nie senyap. nak je aku kerat lidah pakai golok pak oda ko time baby.

nak dijadikan citer, tok wan dan nek wan bawak pak oda ko nie nak kereta api dan pergi [aku tak ingat mane dah]. dalam kereta api, pak oda ko terus je nangis. nak je pak wan bagi penampor jepun sekali, tak penah nak senyap. tengah pak oda ko nangis, tiba-tiba ade sorang pak cik yang tak dikenali datang tengok pak oda. dia dodoi pak oda ko pun tak reti senyap.

dia give up dan letak pak oda ko nie atas kerusi pastu dia bakar rokok. masa dia hembus asap rokok, terkena asap tu kat pak oda ko. secara tiba-tiba, pak oda senyap kemudian nangis balik. pak cik tu pun hembus lagi, pak oda ko senyap balik. jadi terus pak cik tu cakap

"anak ko nie nak rokok gamaknya"

dia ambil rokok dari mulut dia dan letak kat mulut pak oda. pak oda yang umur 7 bulan pun hembuskan asap rokok keluar dari hidung beliau dan dia berenti menangis. sejak peristiwa itu, asal pak oda menangis je terus tok wan bakar rokok dan bagi dia hisap.

pak oda pun dapat surat special dari government yang dia buleh hisap rokok di tempat awam dan time dia sekolah rendah dia dibenarkan hisap rokok kat sekolah sebab dia memang sakit pelik macam itu.

semua uncle aku terdiam dan tunduk hormat kerana semua uncle aku adelah loser kecuali pak oda. insan terawal hisap rokok dalam family. masuk dalam world recold [in family]

p/s: pak oda sekarang umur 60 lebih dan masih belum meninggal. beliau dalam proses untuk kawin dua. jadi rokok tidak membahayakan kesihatan serta menambah macho untuk yang berminat kawin lebih.

sekian.

3 comments:

  1. Wahahahahahahahahha !


    lawak ah ayat "ko tau tak, pak oda ko isap rokok dari baby lagi?"

    ReplyDelete
  2. lawak tapi benar..
    itulah pak oda aku..
    ngeh3..

    sampai skrg setia menjadi perokok tegar..

    ReplyDelete
  3. Dapatkan panduan bina otot badan bagi lelaki agar anda lebih tough dan macho....miliki badan impian anda bermula disini...jika org lain boleh..anda juga boleh....

    ReplyDelete