Monday, April 5, 2010

noob adalah word untuk newbie bukan bebal

aku fail dalam meng"intro"kan sesuatu. tak banyak benda nak cakap dalam entry yang first ini. maybe aku akan rase awkward giler bab intro. mungkin juga kepada reader sebelum ini penah baca blog-blog lame aku yang bernama "Syaquost Eichizen" dan "Neslo Tarik". kedua-kedua blog ini aku Shut Down sepenuhnya kerana aku bizi dengan jumpe dengan kerja mesyuarat dengan najib untuk berbincang macam mana nak cari balik enjin kapal terbang yang hilang dicurik oleh ketua lanun nusantara [ok ini tipu].

"di kawasan dan tempat lain"

LOKASI: DI SEBUAH STESEN PENYIARAN TELEVISION YANG PALING FEYMES DI BENUA ANTARTIKA. DALAM SEBUAH RANCANGAN PROGRAM REALITI "KATAKAN YA ANDA SEORANG GEDIK!"

"H" merujuk kepada host rancangan. "S" merujuk kepada encik syah

H: sekarang kita bersama Encik Seojuken atau lebih dikenali Incik Syah yang terkenal selaku lelaki bukan selebriti yang paling hot dan hensem di asia yang menjadi kegilaan wanita korea.

S: ehem-ehem. jangan puji sangat sebab semua orang dah tau saya memamg macam itu. hensem, kacak, macho, romantik, tough, gagah. perkataan senang PERFECT.

H: saya mendegar gosip suam-suam taik telinga yang incik syah menerbitkan sebuah blog baru. adakah betul ini Encik Syah?

S: ya, blog ini sedang dalam proses tapi belum publish satu entry pun dah 1 milion follower. nuffnang pun dah bagi saya cek RM setengah juta kerana banyak sangat viewer dalam masa 1 hari.

H: sungguh mengkagumkan sekali Encik Syah. jadi, apakah tujuan Encik Syah buat blog ini?

S: tujuan saya buat blog ini supaya saya dapat menyampaikan mesej ke seluruh dunia bahawa saya jejaka paling hensem dan paling cantik dizaman ini. sesuai sebagai idola dari kanak-kanak sampai la ke orang tua nak mampos.

H: saya percaya blog Incik Syah ini memberi inspirasi banyak kepada lelaki-lelaki huduh dan lelaki yang desperate mencari awek .

S: memang-memang. saya gemar menolong lelaki yang tidak senasib dengan saya. tuhan berikan saya banyak kelebihan untuk membantu orang-orang kesusahan.

H: sungguh murni hati Encik Syah. apakah kata-kata terakhir encik syah sebelum rancangan ini dibubarkan?

S: ingat kata-kata ini, mungkin ia mampu mengubah hidup anda. saya memang hensem dan silalah follow blog saya. selamat datang ke blog saya *wink2!



1 comment: